Syarat-syarat kemasukan & peraturan

  1. Penerimaan/kemasukan kanak-kanak ke Persatuan Kebajikan Darulhayah Selangor dan Kuala Lumpur (PKD) adalah kerelaan dan tanggungjawab ibu/penjaga kanak-kanak.
  2. Penerimaan/kemasukan kanak-kanak ke PKD adalah di atas syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah PKD.
  3. PKD akan mengadakan satu kawasan atau tempat penginapan yang selesa dan harmoni bagi kanak-kanak dan mereka yang memerlukan.
  4. PKD akan memberi latihan dan bimbingan kepada kanak-kanak dan pelajar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi merangkumi semua aspek termasuk akidah.
  5. PKD akan memberi bantuan dari segi biasiswa serta kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak yang memerlukan.
  6. PKD akan membina golongan pelajar dan mendidik menjadi " Insan Rabbani" iaitu pelajar menjalankan cara hidup mengikut Al-Quran dan Hadis.
  7. PKD akan menyediakan tempat penginapan/ tidur dan makanan dalam suasana yang selesa dan harmoni. Ibu-ibu mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Ibu-ibu boleh melawat anak-anak masing-masing. Bagaimanapun, Lembaga PKD mestilah dimaklumkan terlebih dahulu, samada secara lisan atau bertulis.
   
 

 

 

 

Copyright @2015:: Powered by Debella Technology