Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn Bhd diperbadankan pada 12 September 1997 dan mula beroperasi pada 5 Julai 1998. Ia diterajui oleh Puan Hajah Puziah Saad sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Tuan Haji Mustapa Sulaiman sebagai Pengarah Kewangan.

BZM Marketing memasarkan satu rangkaian berasaskan Aloe Vera. Ini termasuk produk kesihatan, produk kecantikan dan produk penjagaan rumah di bawah jenama De Bella. Selain kesannya yang hebat, dijamin bersih, suci dan halal, produk-produk kami mendapat sijil kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). BZM Marketing beroperasi secara MLM. Dengan rangkaian 16 Pusat Jualan Negeri(PJN), 300 Pusat Jualan dan Stokis, ia mengembangkan sayapnya termasuk di luar negara.

Bermula dengan satu lot kedai dengan 4 orang kakitangan ia berjaya mengembangkan perniagaannya kepada 4 lot kedai dengan 14 orang pekerja. BZM Marketing kini dapat berbangga kerana mempunyai seramai 35 orang tenaga kerja yang berpengalaman dan memiliki ibu pejabat korporat 4 tingkat milik sendiri.

 
   
 
 
 
Misi Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn Bhd
       

Melahirkan ramai usahawan yang menikmati pendapatan 5-6 angka sebulan.

Menjadikan De Bella sebagai produk yang mempunyai daya saing yang tinggi dan keberkesanannya terbukti nyata.

Menjadikan sebuah syarikat MLM milik Bumiputera yang mampu bersaing dengan syarikat MLM yang telah lama beroperasi.

Menjadikan sebuah syarikat BZM bertaraf antarabangsa dan dikenali di seluruh dunia.

 

Mengembangkan lebih ramai ahli yang akan menyertai BZM Marketing Sdn. Bhd. (M) serta mencapai tahap jualan RM 3 juta sebulan.

Merancang membuka pasaran diperingkat antarabangsa dan mewujudkan dengan lebih ramai usahawan-usahawan yang berjaya bersama BZM Marketing Sdn. Bhd. (M).

Mewujudkan usahawan yang lebih profesional dalam menjalankan urusniaga bersama BZM Marketing Sdn Bhd.