Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn Bhd diperbadankan pada 12 September 1997 dan mula beroperasi pada 5 Julai 1998. Ia diterajui oleh Puan Hajah Puziah Saad sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Tuan Haji Mustapa Sulaiman sebagai Pengarah Kewangan. BZM Marketing memasarkan satu rangkaian berasaskan Aloe Vera. Ini termasuk produk kesihatan, produk kecantikan dan produk penjagaan rumah di bawah jenama De Bella. Selain kesannya yang hebat, dijamin bersih, suci dan halal, produk-produk kami mendapat sijil kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). BZM Marketing beroperasi secara MLM. Dengan rangkaian 16 Pusat Jualan Negeri(PJN), 300 Pusat Jualan dan Stokis, ia mengembangkan sayapnya termasuk di luar negara. |